Wednesday, October 21, 2015

Tips Travel - Itinerary Perjalanan

Assalamualaikum....ChiKsHiMA akan memulakan entry kali ni dengan menaip tips untuk buat itinerary perjalanan. Tips ini berdasarkan pengalaman travel ChiKsHiMA yang tak seberapa hehe Okay, pertama sekali bila korang nak travel, korang kena sediakan itinerary perjalanan. Kenapa perlu buat itinerary? Kerana dengan adanya itinerary, anda akan dapat rancang masa perjalanan.


Destinasi

Firstly perkara yang korang perlu lakukan adalah memilih destinasi dan tujuan korang travel. Ye la, orang travel ni ada macam-macam tujuan kan, ada yang nak santai, menikmati nature, culture etc.. 

Masa Travel

Rancang masa perjalanan korang kerana makin singkat masa percutian, makin padat la jadual perjalanan korang. Pastikan masa yang ada dapat cover semua tempat penting yang korang nak pergi.

Rujuk Blog, Buku atau Peta

PENTING! Apabila dah decide destinasi yang hendak di tuju, korang kena selidik sedikit sebanyak pasal destinasi pilihan korang tu. Ini penting untuk menyusun itinerary dan korang kena rajinkan diri cari info tempat yang korang nak pergi.

Tempat Tinggal

Okay, ada banyak pilihan tempat tinggal mengikut keselesaan dan budget masing-masing. Hotel? Hostel? Homestay? Pastikan korang semak lokasi tempat tinggal sebelum buat tempahan. ChiKsHiMA lebih suka kawasan bandar sebab lebih senang nak jalan ke mana-mana dan jimat masa hehehe

Transport

Dah decide nak tinggal kat mana? Haaa, sekarang fikirkan pulak transport sepanjang keberadaan korang di sana nanti. Check balik tempat yang korang nak pergi tu ada tak pengangkutan awam sebab kalau takde, memang kena sewa kereta la jawabnya hehe Korang kena bijak sesuaikan transport dengan plan dan decide la macam mana.

Bajet

Ini part yang paling penting hehe kalau takde bajet, macam mana nak travel kan. Atur bajet sesuai dengan masa, tempat tinggal, makan minum, transport etc. 

INGAT jangan tunggu last minit baru nak buat itinerary. Rancang la seawal yang mungkin. ChiKsHiMA akan buat itinerary sebulan dua sebelum bertolak. Okayyy...ni je la tips untuk travel ala-ala ChicKsHiMA hehe Semoga sedikit sebanyak info ini dapat membantu korang. 

Selamat becuti!














Tips Travel - Itinerary Perjalanan

Assalamualaikum.... ChiKsHiMA akan memulakan entry kali ni dengan menaip tips untuk buat itinerary perjalanan. Tips ini berdasarkan pengala...